Home | Facebook |

Monday, January 30, 2012

Cara Menjaga HATI LELAKI Tersayang


  • PUJIAN  Sentiasa memberi pujian pada si dia tak kira lah puji pasal rupa dia yg handsome macam SHAH RUKH KHAN ker.. kepandaian si dia MEREMPIT ker..puji benda betul yg membuat dia rasa BANGGA.. tapi jangan pula PUJI benda yg kita rasa oke dia rasa pula macam MENYINDIR.. Sendiri mahu fikir lah..

  • MENJADI PENDENGAR  Bila dia bercakap, dengar dan diam.. beri reaksi wajah yg simple tapi mengamati.. Jangan pula buat muka SELAMBA gila atau yg terkejut BERUK.. Reaksi ikut cerita yg di bincangkan si dia

  • PERSETUJUAN Jangan dilawan tetapi boleh beri pendapat yang tidak menyinggung. Yala faham juga,kadang kala apa yg si dia nak membuat kita pusing satu badan juga.. Tapi try buat selagi mampu..

  • YANG DAH KAHWIN OK Lepas sembahyang cium tangan dan minta ampun.

  • BERTANYA Selalu kata “ada apa-apa yang abang tak berkenan harini?” walaupun tahu semuanya ok.. kadang kala sesetangah LELAKI ni PEMENDAM..

  • BERTENANG Jangan MERAJUK kalau dia diam saja atau tidak memuji anda sebab lelaki memang tak pandai tunjuk kasih sayang.. Kita terpaksa terima kenyataan sifat LELAKI yg ini.. Kadang aku pun nak merajuk tapi sebenar tanpa diluahkan,kita sendiri boleh rasa kasih sayang si dia.. percayalah..

  • AKUR Ikut semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama. Tambahan [ contoh : di suruh merebut anak patung jiran anda  bukti cinta kunun lah..]

  • YANG DAH KAHWIN OK Ringankan bebannya seperti bayarkan bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya. YANG BELUM KAHWIN setiap keluar dating pergi makan ker..jangan lah asik harap si dia jer bayar..sesekali korang lah bayar..senang hati dia tahu tak..

  • HADIAH Hadiahkan sesuatu.. tak kira lah benda murah ker mahal ker..

  • MELUAHKAN dalam diam diam..selirtkan lah kasih sayang tanpa di ketahui si dia..misal nya selitkan nota ringkas  I LOVE U kat dompet dia..tak pun set peringatan I LOV U kat handphone dia [jam yg berpatutan ok..jangan time orang dah berbuih liur tidur]

  • CERIA Bergurau selalu. Tunjukkan wajah ceria..sentiasa senyum...jangan lah time dating asik buat muka macam kehilangan anak pula..MURAM semacam..

  • WANGI  Pastikan anda WANGI. Muka lawa macam SELENA GOMEZ pun tak guna kalau badan bau KAMBING.. Merosakkan suasana toh kawan oiii...

  • YANG LEPAS BIARLAH BERLALU Kalau si dia pernah buat salah jangan ungkit.

  • RELAKS Kalau dia menggatal jangan mudah mengamuk selagi belum terbukti. Kadangkala si dia sengaja buat menggatal kerana suka melihat gaya manja anda cemburu tahu... tapi si dia MELUAT jika anda terlalu lalu lah CEMBURU sampai dia nak main bola ngan kengkawan pun korang larang...agak2lah weiii

Hah ni serba sikit cara nak menjaga hati LELAKI tersayang.. Kalau nak tahu berkesan atau tak..cubalah..bukan susah sangat pun.. Sesuai sangat kat manusia yg betulSKEMA ..hehe..jangan marah.. Kalau korang ada tambahan,jangan malu nak tambah...

TAK RUGI PUN MENCUBA

0 comments: