Setelah
aku belek2 , dapatlah ramuan secara tradisional bab menjaga
penampilan kita ni.. Yala bukan tak mampu nak beli pembersih muka yang mahal2
, tapi tak salah kita guna cara tradisional.. Lagi jimat,tak gitu?
1.
Hilangkan
KEDUT DI MUKA _Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung
dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning
telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai
masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih
dengan air suam. Amalkan selalu, [ tak pun paling jimat korang boleh lah guna
putih telur saja.. tapi pastikan jangan rimbat telur mak korang beli..tak pasal2
ada kedut benjol kat dahi ]
2.
Hilangkan
BAU BADAN _ Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan
badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan
selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.
3.
GIGI PUTIH _ Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk
sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan
air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
4.
Hilangkan
JERAWAT _ Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada
keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan
setiap hari. [ jangan pula rimbat susu tepung adik.. Nanti mengamuk mak korang
]
5.
Mencantikkan
BULU MATA _ Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. Keesokannya
lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan
hujung jari telunjuk. Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti.
Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur
6.
Mencantikkan PAYUDARA _
Panaskan dua sudu minyak
sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15
minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan
minyak sapi sehingga bersih.
Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih [ ingat bilas sebersihnya.. Nanti orang terhidu semacam pula ]
Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih [ ingat bilas sebersihnya.. Nanti orang terhidu semacam pula ]
KEBERSIHAN diri paling penting dalam bab menjaga penampilan ni..
Kalau korang pengotor takda guna juga nak buat ramuan semua toh.. Sendiri mahu
fikir lah..
TAMAT
0 comments:
Post a Comment