Home | Facebook |

Sunday, February 19, 2012

Cinta


Cinta

Cinta pertama
Pengertian Cinta pertama ni tak lah semestinya JATUH CINTA pada pertama kalinya kat seseorang. Sebab mengapa aku kata macam toh, kita kena tahu SUKA,CINTA,MINAT dan SAYANG berlainan maksud.
Cinta pertama ialah mengajar kita ERTI RINDU,SAYANG,MEMAHAMI,MEMPERCAYAI MENERIMA SEADANYA seseorang. Semua itu akan timbul secara aotumatik bukan manual di dalam hati kita. Apatah lagi manusia yang orang kata tak pernah mengenal ERTI CINTA. Hah amik kau.. rasa lah semua toh.. SUKA DUKA NYA CINTA. Hah di sanalah bermulanya kunun kita selalu dengar,kekasih sukar melupakan cinta pertamanya..

Cinta sehati sejiwa
Pengertian Cinta sehati sejiwa ini.. Lebih kurang lah dengan pengertian CINTA PERTAMA. Tetapi cinta pertama itu tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan. Di sana kita mengambil pengajaran,di mana kesilapan kita. Sebab cinta pertama adalah cinta PRAKTIKAL. Maksud aku,semua toh kita belajar,RINDU,SAYANG,MEMAHAMI,MEMPERCAYAI.. tapi biasalah kan proses belajar mesti ada kesilapan nya. Itulah maksud aku cinta PRAKTIKAL. Kalau LULUS ah hadiahnya PERKAHWINAN. Kalau gagal, cinta sehati sejiwa menunggu untuk di praktik kan he..
Cinta sehati sejiwa ni setelah kita belajar dari kesilapan cinta pertama. Saling mempercayai.memaafi,menyayangi,memahami sentiasa kita amalkan.. insyaallah. Mengapa harus memaafi? Sebab dalam sebuah hubungan pasti ada garam manisnya,pasti ada silapnya. Jika benda toh orang kata boleh kita maafkan,maka maafkan lah si dia. Janganlah menyimpan dendam atau curiga. Cuba membina kepercayaan semula. Sebab dari kesalahan pertama bakal membina kebahagiaan selamanya.

Cinta setengah jalan
Pengertian nya ala sendiri mahu pikirlah. Cinta putus yang disebabkan tiada jodoh. Misalnya cinta di madu, cinta di terhalang, cinta jarak jauh, cinta takdir tuhan.. aku amik yang selalu berlaku jak ok. Cinta di madu,zaman sekarang ni banyak berlaku hal ni. Ialah memandangkan dunia sekarang stastik PEREMPUAN lebih ramai dari kaum LELAKI. Suka suki lah kaum beliau ni nak mendua mentiga kaum lemah ni. Tapi jangan silap si kaum perempuan pun zaman sekarang ni pandai mencarikan madu untuk si kekasih nya he.
Cinta terhalang,ah ni selalu berlaku apabila pihak bakal mentua tak berminat. So kita ni kenalah pandai mengambil hati orang tua beliau. Biarlah jati diri korang ni jiwa ROCK KAPAK ker,perempuan KPOP ker tapi kalau boleh bila berdepan ngan orang tua beliau jadilah LELAKI PEREMPUAN MELAYU SEJATI awwwww... he
Cinta jarak jauh,erm ni alasan juga sebenar nya. Tapi bagi orang yang memang tak boleh berjauhan memang janganlah pilih orang jauh. Nanti ada yg asik menangisssssss... tapi yg bertahan dengan manusia jarak jauh , aku bagi TABIK SPRING. TAHNIAH korang memang hati kental !!!
Cinta takdir tuhan,yang ini hanya tuhan saja dapat memisahkan. Misalnya yg meninggal.
Tapi apapun bagi cinta PUTUS DI TENGAH JALAN RAYA ni,semua ada hikmah di sebalik nya di bagi oleh –NYA. Kot2 ada yg lebih baik menanti korang sana. Tapi tanamkan di hati jika benda ni berlaku kat korang. Pertama jkali memang la FRUST MENONGGGENG aku tak heran takpe..tapi selepas tenang sikit,tanam kat hati di mana silap korang dlm hubungan toh. Belajar lah dari kesilapan dan memaafi nya. Kerana jika korang tak buat macam toh,sampai bila pun korang tetap DI TENGAH JALAN RAYA.. percayalah

So secara ringkas cerita tentang cinta.. TAMMAT [ nak makan dulu]

0 comments: