Home | Facebook |

Monday, March 05, 2012

Penyakit ASTMA atau Penyakit LELAH


ASMA ATAU PENYAKIT LELAH
Sesak pernafasan


TANDA BAHAYA
Ø  Pesakit tidak dapat bercakap secara berterusan.
Ø  Tidak dapat baring.
Ø  Perasaan sesak nafas semakin membimbangkan. 
Ø  Bibir dan hujung jari ( kuku ) kelihatan biru gelap.


TINDAKAN
Ø  Ambil dos tambahan , ubat yang telah diberikan oleh doktor.
Ø  Jika tiada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkan rawatan kecemasan di klinik atau hospital. 
Ø  Pesakit perlu bersabar dan tenang.

Rawatan bagi penyakit Asma adalah melalui pengambilan ubat yang berterusan dengan cara yang betul.
Pesakit perlu elakkan faktor-faktor alahan.
Setiap pesakit adalah berbeza rawatannya dengan pesakit yang lain.


SALAH SATU UBATAN
1.  Inhaler Salbutamol   ( Respolin )
2.  Inhaler Terbutaline   ( Bricanyl )
3.  Inhaler Ipratropium   ( Atrovent )

1.  Tab. Salbutamol   2 mg.
2.  Tab. Theophylline 125 mg.
3.  Tab. Theophylline SR 250 mg.

UBAT ATAU CARA MENGHILANGKAN LELAH/ASMA
v  Amalkan minum air madu beserta air suam 3gelas sehari. sekali minum ssatu sudu besar(sudu plastik) atau lebih.kacau lawan jam . sebelum minum selawat atas nabi.

v  Cari daun kecubung dan bunganya, di tumbuk hingga halus kemudian dijemur sampai kering. Setelah kering di curahkan air hujan sedikit lalu di panggang. Setelah kering lagi dibuat campuran tembakau untuk merokok bagi penderita penyakit asma tersebut tiap-tiap hari sekali.

v  Tangkap seekor keluang lalu sembelih. Setelah di kupas kulitnya cuci dagingnya yang bersih dengan air kapur agar tidak berbau, sesudah itu buatlah resepi menurut kesukaan. Ulang 3 hari berturut-turut dalam tempoh 3 bulan. InsyaAllah.

v  jangan makan makanan'sejuk', termasukla timun,

v  Amalkan makan buah-buahan seperti tembikai..sayur2 kacang dan lain-lain.

v  aktif bersukan main bola,pergi gym,joging. Beriadah@sukan bagus utk kesihatan. Nabi kita pun suka beriadah.

v  minum susu kambing yg ori amik kat kandang kambing amalkn semingu sekali sebulan sekali pon leh

v  Baca Surah Al-Insyiroh (Alam Nasyroh) 3x. Hembus Pada KeDua-Dua Belah Tapak Tangan, Lalu Sapukan Tapak Tangan Kita Pada SeKeliling Bahagian Dada Kita.

Mengapa aku kongsi tentang ASMA nie?? Sebab aku pun penhidap ASMA juga..tapi alhamdulillah setakat ni aku penhidap asma yg tidak lah teruk sangat.. Ada masa dia datang bila aku lupa pantang larang serta suka cium dan bermain dengan anak kucing kekasih aku.. hehehe
Aku paling tak suka penyakit Asma.. kerana aku faham keadaan pesakit ini..sangat meyeksakan,..mudahan kita sama-samalah sembuh yer..

AMIN

0 comments: