Home | Facebook |

Monday, March 05, 2012

Penyakit ASTMA atau Penyakit LELAH


ASMA ATAU PENYAKIT LELAH
Sesak pernafasan


TANDA BAHAYA
Ø  Pesakit tidak dapat bercakap secara berterusan.
Ø  Tidak dapat baring.
Ø  Perasaan sesak nafas semakin membimbangkan. 
Ø  Bibir dan hujung jari ( kuku ) kelihatan biru gelap.


TINDAKAN
Ø  Ambil dos tambahan , ubat yang telah diberikan oleh doktor.
Ø  Jika tiada perubahan dalam masa 15 minit, dapatkan rawatan kecemasan di klinik atau hospital. 
Ø  Pesakit perlu bersabar dan tenang.

Rawatan bagi penyakit Asma adalah melalui pengambilan ubat yang berterusan dengan cara yang betul.
Pesakit perlu elakkan faktor-faktor alahan.
Setiap pesakit adalah berbeza rawatannya dengan pesakit yang lain.


SALAH SATU UBATAN
1.  Inhaler Salbutamol   ( Respolin )
2.  Inhaler Terbutaline   ( Bricanyl )
3.  Inhaler Ipratropium   ( Atrovent )

1.  Tab. Salbutamol   2 mg.
2.  Tab. Theophylline 125 mg.
3.  Tab. Theophylline SR 250 mg.

UBAT ATAU CARA MENGHILANGKAN LELAH/ASMA
v  Amalkan minum air madu beserta air suam 3gelas sehari. sekali minum ssatu sudu besar(sudu plastik) atau lebih.kacau lawan jam . sebelum minum selawat atas nabi.

v  Cari daun kecubung dan bunganya, di tumbuk hingga halus kemudian dijemur sampai kering. Setelah kering di curahkan air hujan sedikit lalu di panggang. Setelah kering lagi dibuat campuran tembakau untuk merokok bagi penderita penyakit asma tersebut tiap-tiap hari sekali.

v  Tangkap seekor keluang lalu sembelih. Setelah di kupas kulitnya cuci dagingnya yang bersih dengan air kapur agar tidak berbau, sesudah itu buatlah resepi menurut kesukaan. Ulang 3 hari berturut-turut dalam tempoh 3 bulan. InsyaAllah.

v  jangan makan makanan'sejuk', termasukla timun,

v  Amalkan makan buah-buahan seperti tembikai..sayur2 kacang dan lain-lain.

v  aktif bersukan main bola,pergi gym,joging. Beriadah@sukan bagus utk kesihatan. Nabi kita pun suka beriadah.

v  minum susu kambing yg ori amik kat kandang kambing amalkn semingu sekali sebulan sekali pon leh

v  Baca Surah Al-Insyiroh (Alam Nasyroh) 3x. Hembus Pada KeDua-Dua Belah Tapak Tangan, Lalu Sapukan Tapak Tangan Kita Pada SeKeliling Bahagian Dada Kita.

Mengapa aku kongsi tentang ASMA nie?? Sebab aku pun penhidap ASMA juga..tapi alhamdulillah setakat ni aku penhidap asma yg tidak lah teruk sangat.. Ada masa dia datang bila aku lupa pantang larang serta suka cium dan bermain dengan anak kucing kekasih aku.. hehehe
Aku paling tak suka penyakit Asma.. kerana aku faham keadaan pesakit ini..sangat meyeksakan,..mudahan kita sama-samalah sembuh yer..

AMIN

Sunday, February 19, 2012

Cinta


Cinta

Cinta pertama
Pengertian Cinta pertama ni tak lah semestinya JATUH CINTA pada pertama kalinya kat seseorang. Sebab mengapa aku kata macam toh, kita kena tahu SUKA,CINTA,MINAT dan SAYANG berlainan maksud.
Cinta pertama ialah mengajar kita ERTI RINDU,SAYANG,MEMAHAMI,MEMPERCAYAI MENERIMA SEADANYA seseorang. Semua itu akan timbul secara aotumatik bukan manual di dalam hati kita. Apatah lagi manusia yang orang kata tak pernah mengenal ERTI CINTA. Hah amik kau.. rasa lah semua toh.. SUKA DUKA NYA CINTA. Hah di sanalah bermulanya kunun kita selalu dengar,kekasih sukar melupakan cinta pertamanya..

Cinta sehati sejiwa
Pengertian Cinta sehati sejiwa ini.. Lebih kurang lah dengan pengertian CINTA PERTAMA. Tetapi cinta pertama itu tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan. Di sana kita mengambil pengajaran,di mana kesilapan kita. Sebab cinta pertama adalah cinta PRAKTIKAL. Maksud aku,semua toh kita belajar,RINDU,SAYANG,MEMAHAMI,MEMPERCAYAI.. tapi biasalah kan proses belajar mesti ada kesilapan nya. Itulah maksud aku cinta PRAKTIKAL. Kalau LULUS ah hadiahnya PERKAHWINAN. Kalau gagal, cinta sehati sejiwa menunggu untuk di praktik kan he..
Cinta sehati sejiwa ni setelah kita belajar dari kesilapan cinta pertama. Saling mempercayai.memaafi,menyayangi,memahami sentiasa kita amalkan.. insyaallah. Mengapa harus memaafi? Sebab dalam sebuah hubungan pasti ada garam manisnya,pasti ada silapnya. Jika benda toh orang kata boleh kita maafkan,maka maafkan lah si dia. Janganlah menyimpan dendam atau curiga. Cuba membina kepercayaan semula. Sebab dari kesalahan pertama bakal membina kebahagiaan selamanya.

Cinta setengah jalan
Pengertian nya ala sendiri mahu pikirlah. Cinta putus yang disebabkan tiada jodoh. Misalnya cinta di madu, cinta di terhalang, cinta jarak jauh, cinta takdir tuhan.. aku amik yang selalu berlaku jak ok. Cinta di madu,zaman sekarang ni banyak berlaku hal ni. Ialah memandangkan dunia sekarang stastik PEREMPUAN lebih ramai dari kaum LELAKI. Suka suki lah kaum beliau ni nak mendua mentiga kaum lemah ni. Tapi jangan silap si kaum perempuan pun zaman sekarang ni pandai mencarikan madu untuk si kekasih nya he.
Cinta terhalang,ah ni selalu berlaku apabila pihak bakal mentua tak berminat. So kita ni kenalah pandai mengambil hati orang tua beliau. Biarlah jati diri korang ni jiwa ROCK KAPAK ker,perempuan KPOP ker tapi kalau boleh bila berdepan ngan orang tua beliau jadilah LELAKI PEREMPUAN MELAYU SEJATI awwwww... he
Cinta jarak jauh,erm ni alasan juga sebenar nya. Tapi bagi orang yang memang tak boleh berjauhan memang janganlah pilih orang jauh. Nanti ada yg asik menangisssssss... tapi yg bertahan dengan manusia jarak jauh , aku bagi TABIK SPRING. TAHNIAH korang memang hati kental !!!
Cinta takdir tuhan,yang ini hanya tuhan saja dapat memisahkan. Misalnya yg meninggal.
Tapi apapun bagi cinta PUTUS DI TENGAH JALAN RAYA ni,semua ada hikmah di sebalik nya di bagi oleh –NYA. Kot2 ada yg lebih baik menanti korang sana. Tapi tanamkan di hati jika benda ni berlaku kat korang. Pertama jkali memang la FRUST MENONGGGENG aku tak heran takpe..tapi selepas tenang sikit,tanam kat hati di mana silap korang dlm hubungan toh. Belajar lah dari kesilapan dan memaafi nya. Kerana jika korang tak buat macam toh,sampai bila pun korang tetap DI TENGAH JALAN RAYA.. percayalah

So secara ringkas cerita tentang cinta.. TAMMAT [ nak makan dulu]

Wednesday, February 01, 2012

Petua Kecantikkan Penampilan


Setelah aku belek2 , dapatlah ramuan secara tradisional bab menjaga penampilan kita ni.. Yala bukan tak mampu nak beli pembersih muka yang mahal2 , tapi tak salah kita guna cara tradisional.. Lagi jimat,tak gitu?

1.      Hilangkan KEDUT DI MUKA _Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, [ tak pun paling jimat korang boleh lah guna putih telur saja.. tapi pastikan jangan rimbat telur mak korang beli..tak pasal2 ada kedut benjol kat dahi ]

2.      Hilangkan BAU BADAN _ Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

3.      GIGI PUTIH _ Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.

4.      Hilangkan JERAWAT _ Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari. [ jangan pula rimbat susu tepung adik.. Nanti mengamuk mak korang ]

5.      Mencantikkan BULU MATA _ Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur

6.      Mencantikkan PAYUDARA _

 Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

 Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih [ ingat bilas sebersihnya.. Nanti orang terhidu semacam pula ]

KEBERSIHAN diri paling penting dalam bab menjaga penampilan ni.. Kalau korang pengotor takda guna juga nak buat ramuan semua toh.. Sendiri mahu fikir lah..

TAMAT